Tuesday, July 14, 2009

kopi penawar kencing manis

Cerita ini adalah dari mStar Online (http://mstar.com.my)
_________________________________________________
SAYA cuma menulis untuk berkongsi maklumat. Seringkali kita memandang hebat pada herba luar negara dengan harga beratus. Tapi hakikatnya setiap bangsa dikurniakan di alamnya sendiri ubat-ubatan dari tumbuhan dan haiwan.

Saya telah menderita kencing manis selama 16 tahun.Banyak orang kata memang padan sebab saya suka masakan manis macam orang Kelantan, suka madu lebah dan buah durian yang saya makan sepuasnya masa sihat dulu.

Bila dah semakin teruk, mata dah kurang nampak, ditakdirkan Allah saya jumpa
kawan lama yang pernah bertugas di Perlis suatu masa dahulu. Dia bercerita kepada saya tentang kopi hutan perlis yang begitu mujarab.

Saya pun terus hubungi pewaris pengeluar di perlis dan Alhamdulillah ada pengedar sambilan di tempat saya.

Saya diberitahu oleh pewaris tersebut yang kopi hutan ini adalah petua kitab lama melayu gabungan 7 herba terpilih. Rasanya pahit manis dan kelat.

Terangnya lagi kencing manis bukanlah kerana gula, tapi kerana gula yang tak dapat dikeluarkan dari badan cara normal seperti buang air besar, kencing dan perpeluhan. kopihutan akan mengeluarkan dulu apa-apa didalam perut dan
badan melalui usus besar, usus kecil dan liang peluh.

Bilamana perut dan usus kosong ia akan menyerap gula, garam dan buangan lainnya dari badan dan mengeluarkannya melalui usus besar dan kecil dan perpeluhan. Sebab itu orang yang kencing manis kembali normal setelah
meminum kopi hutan, begitu juga mereka yang ada darah tinggi sebab garam berlebihan diserap keluar.

Kuatnya kopi hutan ini kalau ada batu karang pun dalam badan kita akan pecah dan hancur. Penyakit lain seperti migrain, ghout dan asthma/lelah juga ikut hilang diserap keluar. Dalam kopi hutan juga ada bunga pakma yang bertindak mengecutkan dan sangat baik untuk buasir dan wanita baru bersalin. kepada lelaki jangan bimbang sebab ia cuma mengembalikan kepada saiz asal untuk orang yang buasir dan wanita yang melahirkan.

Juga ubijaga dalam kopi hutan bertindak membanyakkan cecair dalam badan seperti cecair lutut dan mani. Kerana fungsi utamanya mengepam keluar garam, gula, lemak dan kolestrol berlebihan mereka yang mengamalkan akan
mengalami turun berat badan yang ketara. Ini semua anugerah Allah kerana
khasiat ini bukan dicipta melalui kopi hutan tetapi memang dah ada dalam akar-akar kayu tersebut. Apapun semuanya berbalik pada Allah yang Maha
Mencipta. Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Penyakit

Salam,

Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Penyakit yang dipanjangkan oleh Dato Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad semasa beliau menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Mudah2an bermanfaat.

Caranya: baca doa ini sebanyak 3 kali pada tiap-tiap pagi dan petang.


























Maksudnya: kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu ya Allah Tuhan pemilik seluruh alam yang ghaib, dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai Tuhan kami! jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit,ta'un dan bala bencana, dengan ihsan-Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. sesungguhnya-Mu ya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu. selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. segala pujian bagi-Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.